SedikitPerkongsian
Tuesday, 18 December 2012 posted at 01:38
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum :)
Hari ini, belek-belek majalah Gen-Q isu 14 Simbol Cinta, terjumpa sesuatu yang ana rasa tak patut kalau ana tak share dengan orang lain.
"Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Tujuh golongan, ALLAH akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya
Baru baca starting, dah rasa excited. Yelah, sape lah tak nak dapat naungan Pencipta kita, kan? Tapi, kita ni ada ke dalam senarai tujuh golongan tu?
1) Imam yang adil
Haaa, imam yang adil ni tak bermakna imam kat masjid tu je, imam tu kan maksudnya pemimpin. Jadi, ana rasa golongan pertama ialah pemimpin yang adil.. Wah, baca macam senang je kan, asal semua orang suka kite, settle lah.oh, bukan bukan dan bukan semudah itu. Luas ertinya sebenarnya. Yang penting kita kena laksanakan tanggungjawab itu dengan seikhlas hati bukannya sekadar untuk mendapatkan nama dan dikenali. Abang ana cakap, kalau orang memilih kita sebagai pemimpin, bermaksud orang percaya dekat kita. So, jgnlah sia-siakan kepercayaan org tu ;) Nak tau lebih lanjut boleh lawat link ni -> http://mylaboratorium.blogspot.com/2012/05/10-kriteria-pemimpin-menurut-ajaran.html
2) Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada ALLAH
3) Insan yang hatinya terpaut kepada masjid
Kenapa hatinya terpaut kat masjid? semestinya bukan kerana imamnya hensem atau acik cleaner tu cantik. Hatinya terpaut dekat masjid seolah-olah sepanjang harinya dia tak sabar untuk menunggu waktu solat untuk beribadah kepadaNya. Siapa yang macam ni, memang THUMBS UP LAH! Iman mantap jiddan~ Lots of us yang suka lengah-lengahkan solat termasuklah ana kdg2 hmm, jomlah sama2 kita berubah dan amalkan ;)
4) Dua orang insan yang berkasih sayang kerana ALLAH. Mereka bertemu kerana ALLAH dan berpisah kerana ALLAH.
Wah wah wah, hey! Tak semestinya couple! Boleh jadi mak kita, ayah kita dan semua orang yang kita sayang lah :) Kalau kita kehilangan mereka, kita redha sebab nyawa kita di tangan ALLAH. Dia berhak nak ambil bila2 pun. Kalau dalam bab yang suka sama suka ni pula, InsyaALLAH mereka tak akan bercouple sbb mereka tahu itu boleh menjurus ke arah kemungkaran, sayang ke kalau membawanya ke arah yg sesat? Hmmpphh.
5) Insan yang diajak (digodai) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu dia berkata: "Sesungguhya aku takutkan ALLAH"
Wahh, mantap betul kan iman insan itu? Siapa tak nak lelaki/ wanita yang berpangkat plus cantik/handsome? Semua tu kehendak nafsu kita. Jadi, kita kenalah pandu nafsu kita ke arah yang benar. Bukan biarkan nafsu yang menguasai diri kita.
6) Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.
Ni tidak, bila bersedekah, kalau boleh nak bagi orang tau. Tulis cek besar2. Bukan x boleh, boleh, kalau kita dapat menahan timbulnya perasaan riak. Then, it would be no problemoo~~
Last but not least.
7) Insan yang mengingati ALLAH secara bersunyian lalu berlinangan air matanya
Time palin sesuai ialah time kita bangun tahajjud. Apa kita nak buat? Kita muhasabahlah diri sama2. Berapa banyak dosa kita dah lakukan? Dah cukup ke amalan kita nak masuk syurga? Berapa banyak rahmat ALLAH yang kita tak bersyukur?
Tapi, ALLAH itu Maha Penerima Taubat. DIA sayang dekat kita semua :) Jomlah kita berubah sama2. Mungkin tak dapat masuk dalam ketujuh-tujuh golongan. At least satu, dua, or more?
JOM BERUBAH SAMA-SAMA :) <3
0 comments





